BAHAWASANYA KAMI
WARGA SK BANDAR PENAWAR
DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM
BERIKRAR DAN BERJANJI
MENUPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA
KAMI UNTUK :
- Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi keperluan individu, masyarakat dan negara serta matlamat perpaduan negara.
- Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
- Memastikan semua kanak-kanak dan pelajarmendapat tempat berlajar pada hari pertama persekolahan bermula.
- Menentukan setiap guru dan kakitangan dapat berkhimat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
- Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan, murid, masyarakat dan negara.
- Menentukan segala surat kepada sekolah diberikan jawapan dengan segera.
- Bersedia memberi penerangan dan maklumat terkini dengan lengkap, tepat dan cepat kepada yang berkenaan.
- Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan dan syor yang membina dari semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.