Perutusan YDP PIBG SK Bandar Penawar Sesi 2017-2018
Warga
PIBG dan SK Bandar Penawar Sekolah Kluster Kecemerlangan
Yang Di Hormati,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Perpaduan dan Salam Muafakat Johor.
Dari malam kedinihari,
Duduk
mengail ikan haruan;
Sebaris
kalam mohon diakhiri,
Buat
tatapan bahkan panduan.
Alhamdulillah,
dengan berkat dan rahmatnya jualah maka
kita disini.
Persatuan
Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) telah diagendakan sebagai badan berperanan penting
yang telah disenaraikan sebagai salah satu dalam sebelas (11) anjakan untuk
transformasi pendidikan negara, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025. Hal ini merupakan satu amanah yang dipertanggungjawabkan
secara langsung kepada PIBG bagi memastikan setiap ibu bapa penjaga menjadi
rakan yang aktif serta sebagai wadah pemudahcara dalam proses pembelajaran dan
pengajaran anak-anak bukan sahaja melalui aktiviti yang menjadi kelaziman.
tetapi juga terlibat aktif dalam aktiviti PIBG.
Sehubungan
dengan itu, peranan PIBG akan diserakluaskan daripada agenda kebiasaan, samada berkenaan pengumpulan
dana, sehinggalah menjadi penggerak memangkin serta memudahcara kepada pihak
kepimpinan sekolah untuk meningkatkan keberhasilan para pelajar dari segenap sudut
pembangunan yang dilihat perlu. Maklumbalas positif pihak ibu bapa, serta
penyertaan mereka dalam PIBG amat dialu-alukan bagi mengemukakan input tentang
cara yang membolehkan sekolah menjadikan kurikulum kebangsaan lebih relevan
dengan keperluan komuniti setempat. Berikanlah maklumbalas tentang kualiti
pengajaran, dan pengalaman dalam pembelajaran anak-anak. Lebih mudah difahami
bahawa ibu bapa juga berperanan sebagai guru, dan jurulatih sampingan untuk
aktiviti sekolah. Dedahkanlah anak-anak dengan aktiviti luar yang bermanfaat
bagi mendorong kemandirian yang lebih bagi menghadapi era kemajuan globalisasi.
Rentetan
itu, kami mengalu-alukan penyertaan menyeluruh ibu bapa pelajar untuk turut
serta dalam memastikan usaha ini menjadi kenyataan. Para ibu bapa harus
menyedari bahawa tanggungjawab anak mereka di sekolah bukan sahaja untuk
cemerlang dalam akademik, tetapi juga membentuk karakter mereka menjadi modal
insan yang terdidik, dan bersahsiah tinggi agar transformasi pendidikan dapat
dilestarikan bagi memenuhi aspirasi negara.
Yang
kurik itu kundi,
Berwarna
merah itu saga,
Yang
baik berbuat budi,
Berbuat
budi demi anak bangsa.
Sekian.
Yang DiPertua PIBG